Monday 10 December 2012

PROGRAM BACALAH SAYANG


PROGRAM BACAAN PRASEKOLAH

TAJUK : BACALAH SAYANG

1. TUJUAN PROGRAM
Supaya kanak-kanak prasekolah SK Matang Jaya dapat menguasai LINUS dengan cepat.

2. RASIONAL
Semua pihak khususnya para waris dan guru amat mengharapkan agar semua  kanak-kanak yang mendapat peluang belajar di prasekolah mampu membaca sebelum melangkah ke tahun satu.

3. MATLAMAT
Agar kanak-kanak yang terlibat dapat menguasai pembacaan dengan fasih dan lancar bagi mencapai sasaran ZERO LINUS (Literasi).

4. OBJEKTIF
a. Memerlukan bimbingan
Kanak-kanak dapat membaca sekurang-kurangnya dua sukukata terbuka.
b. Sederhana
Kanak-kanak dapat membaca ayat mudah sekurang-kurangnya empat perkataan.
c. Cemerlang
Kanak-kanak dapat membaca plebagai bahan bacaan dengan lancar.

5. SASARAN
Semua kanak-kanak prasekolah SK Matang Jaya iaitu Prasekolah Perdana, Prasekolah Permata dan Prasekolah Pertiwi seramai 75 orang.

6. SUMBER
SUMBER KEWANGAN
Pihak Kewangan sekolah
SUMBER TENAGA
Tiga orang guru dan tiga orang pembantu pengurusan murid.

7. STRATEGI PERLAKSANAAN
Ø Seramai 25 orang kanak-kanak akan dibahagikan kepada empat kumpulan.
Ø Dalam satu kumpulan seramai 6 atau 7 kumpulan.
Ø Setiap satu kumpulan akan diberi satu hari salam seminggu mengikut giliran.

8. BAHAN RUJUKAN
Buku yang digunakan
ü Buku Bacalah Sayang 
ü Buku tulis
ü Lembaran kerja

9. RUMUSAN DAN HARAPAN
i. Adalah diharapkan agar program ini dapat melahirkan kanak-kanak prasekolah yang mampu menguasai pembacaan serta lebih yakin untuk melangkah ke tahun satu. 
ii. Kerjasama daripada pihak pewaris amat menyumbang untuk kejayaan program ini.

Friday 30 November 2012

Majlis Hari Jadi Prasekolah



Majlis Sambutan Hari Jadi Prasekolah

  • Majlis sambutan hari jadi prasekolah diadakan setiap tahun untuk meraikan kanak-kanak agar mereka merasa dihargai dan diingati apabila tiba hari lahir mereka. Sambutan  ini merupakan gabungan tiga buah kelas prasekolah SK Matang Jaya.
  • Kanak-kanak amat gembira dan tidak sabar untuk meniup kek hari jadi mereka masing-masing.
  • Bagi memberkati majlis sambutan hari jadi tersebut, doa dibaca oleh Ustaz Budin.
  • Perasmian majlis hari jadi disempurnakan oleh guru besar, Cikgu Sharkawi Annuar.



  • Seramai 75 orang murid prasekolah terlibat dalam majlis sambutan ini.
  • Ibubapa dan penjaga turut di jemput untuk memeriahkan sambutan hari jadi di damping mengeratkan tali silaturahim, keharmonian kaum dan kerjasama antara ibubapa dan guru.
  • Majlis ini pertama kali diadakan luar daripada kelas prasekolah.
  • Majlis ini dilangsungkan di ruang legar perhimpunan sekolah.

Pelbagai aksi sewaktu Sukaneka

Eh.. seronoknya bila lagigiliran kita ni?


Aduh... tak sabar nak beraksi ni!

Ha, kepit bola tu kuat- kuat. Siapa yang menang?

Acara straw dengan gelang getah
Macam-macam ada...

Saturday 3 November 2012

LAPORAN AKTIVITI 1MALAYSIA (PRASEKOLAH)



LAPORAN AKTIVITI 1 MALAYSIA
PERINGKAT PRASEKOLAH

PRASEKOLAH
SK MATANG JAYA


ISI KANDUNGAN


BIL

KANDUNGAN


MUKA SURAT

1

PENDAHULUAN


3

2

OBJEKTIF AKTIVITI


4

3

PERLAKSANAAN

3.1 TAKWIM PERLAKSANAN AKTIVITI

3.2 PERLAPORAN AKTIVITI

  3.2.1 Aktiviti Kenegaraan

  3.2.2 Aktiviti Perayaan 1Malaysia

  3.2.3 Aktiviti Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah 
  
  3.2.4 Aktiviti Sambutan Hari Malaysia

  3.2.5 Aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan





5

6

4

IMPAK


17

5

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI


17









1.0        PENDAHULUAN

           Pemupukan cintakan bangsa dan negara perlu diterapkan seawal mungkin kepada kanak-kanak dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Oleh yang demikian, Kementerian pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya aktiviti 1Malaysia dilaksanakan di peringkat prasekolah dengan menggunakan sumber kewangan dan keupayaan sumber manusia yang sedia ada di sekolah masing-masing. Gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan nasional dan semangat kerjasama merupakan hasrat 1Malaysia. Dari itu, pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahu pun dalam aktiviti sokongan kurikulum.

           Sewajarnya Modul Aktiviti 1Malaysia Peringkat Prasekolah ini amat relevan dijadikan panduan untuk guru bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan aktiviti 1Malaysia di peringkat prasekolah. Adanya aktiviti yang dirancang diharap dapat dijalankan ddengan jayanya dan mencapai objektif memupuk perpaduan di peringkat prasekolah selain dapat meningkatkan keyakinan diri serta menerapkan unsur keseronokan di dalam pembelajaran secara tidak formal ke dalam setiap jiwa kanak-kanak serta dapat membina pengetahuan melalui penemuan dan penerokaan kendiri.

           Secara tak langsung aktiviti ini memberi impak positif kepada kanak-kanak prasekolah dalam meningkatkan keyakinan diri serta dapat memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadau dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.





2.0    OBJEKTIF AKTIVITI
           Bagi mencapai visi dan matlamat negara serta mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dan mempunyai semangat cintakan negara berasaskan Perlembagan Negara dan Rukun Negara. Secara tidak langsung memberi pendedahan kepada kanak-kanak prasekolah dengan sikap dan semangat saling menghormati kearah membentuk satu Negara Bangsa.

·      Pendidikan awal di prasekolah mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, mahupun dalam aktiviti sokongan kurikulum.
·      Penerapan kesemua nbilai 1Malaysia bermula pada peringkat prasekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam usaha kearah meralisasikan 1Malaysia.
·      Memupuk jalinan sosial yang kukuh melalui proses mengenali dan memahami budaya dan agama masing-masing seawall usia yang mungkin. Kanak-kanak ini juga didedahkan dengan budaya di luar lingkungan masing-masing demi mencapai perpaduan negara dan persefahaman sesama mereka.
·      Membolehkan knak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membolehkan mereka memahami adat dan budaya yang pelbagai.
·      Menyemai nilai-nilai dan semangat kekitaan, jati diri serta patriotism dalam diri kanak-kanak sejak dari awal lagi.
·      Menjadikan prasekolah sebagai institusi sosial awal yang berpaksikan perpaduan antara kaum di Malaysia.





3.0  PELAKSANAAN

                      3.1 TAKWIM PERLAKSANAAN AKTIVITI

BIL
AGENDA
TARIKH
1
Aktiviti Kenegaraan
1.      Menyanyikan lagu Negaraku dan mengikuti perhimpuan perdana sekolah.
2.      Melafazkan ikrar Rukun Negara.


30 Julai 2012
30 Julai 2012
2
Aktiviti Perayaan 1Malaysia
1.      Hari Gawai
2.      Merdeka Raya

4 Julai 2012
30 Ogos 2012
3
Aktiviti Pusat Kreatif 1Malaysia Prasekolah
1.      Kolaj bunga raya
2.      Permainan kecil- congkak.

11 ogos 2012

4
Aktiviti Sambutan Hari Malaysia
1.      Mewarnakan bendera Malaysia dan bendera Sarawak.
2.      Persembahan kanak-kanak prasekolah


9 Ogos 2012
16 Mei 2012
5
Aktiviti Sambutan Hari Kemerdekaan
1.      Pertandingan pakaian beragam Prasekolah



30 Ogos 2012






                      3.2 PELAPORAN AKTIVITI
3.2.1 Aktiviti Kenegaraan
                      a) Nyanyian lagu Negaraku,  lagu Sarawak Ibu Pertiwi dan lagu Sekolah
Pada setiap perhimpunan perdana sekolah sama ada pada setiap hari isnin atau hari keramaian yang dianjurkan oleh sekolah, prasekolah wajib mengikuti program yang telah diadakan oleh pihak sekolah. Kanak-kanak prasekolah turut berbaris ikut barisan yang telah ditetapkan bagi memastikan keseragaman kedudukan mereka di tapak perhimpunan sekolah.
                      b) melafazkan ikrar rukun Negara
                      Selepas nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak ibu pertiwiku dan lagu sekolah. Kanak-kanak turut mengikut bacaan ikrar rukun Negara. Kanak-kanak perlu berdiri tegak sambil mengangkat tangan separas bahu.



















3.2.2 Aktiviti Perayaan 1Malaysia
                      a) Sambutan Hari Gawai
                      Bagi menyemaikan semangat perpaduan antara kaum dan semangat persahabatan diantara kanak-kanak prasekolah, Sambutan Hari Gawai diadakan pada 4 Julai 2012 yang lepas. Ketiga-tiga kelas prasekolah Kanak-kanak menggunakan pakaian kebangsaan ikut kaum masing-masing. Kanak-kanak amat gembira datang ke sekolah sambil membawa sedikit buah tangan untuk menyerikan majlis sambutan Hari Gawai peringkat prasekolah bagi sesi 2012.






                      b) Sambutan Merdeka Raya
                      Dalam menyemarakan semangat merdeka di kalangan kanak-kanak prasekolah, mereka turut terlibat dalam acara yang telah dianjurkan oleh sekolah pada 30 Ogos 2012. Kanak-kanak prasekolah telah mengambil bahagian dalam aktiviti pertandingan pakaian beragam bertemakan semangat patriotik.


                      Di samping itu mereka turut membuat acara sambutan hari Raya di dalam kelas prasekolah. Seperti sambutan Hari gawai yang lalu, kanak-kanak turut menceriakan suasana dengan pakaian kebangsaan kaum masing-masing dan membawa sedikit juadah untuk dikongsikan bersama dengan kawan-kawan.
                      Perkara yang menarik untuk dikenangkan adalah mereka boleh menceritakan suasana sambutan hari gawai dan hari raya bersertakan merdeka raya. Di wajah mereka mencerminkan perasaan gembira bergaul dan bersama dengan kawan pelbagai jenis kaum dan agama. Oleh itu suasana yang ditunjukan dapat menjalinkan satu ikatan perpaduan yang diwar-warkan oleh pemimpin kita.
3.2.3 Aktiviti Pusat Kreatif 1Malaysia.
                      1) Kolaj Bunga Raya
Bunga raya merupakan lambang negara Malaysia dan  5 kelopaknya melambangkan lima prinsip rukun negara. Kanak-kanak diperkenalkan dengan bunga raya. Di samping itu mereka bersoaljawab dengan guru mengenai bunga raya yang biasa mereka lihat. Guru menerangkan keistimewaan bunga raya kepada mereka. Sambil mereka bermain, mereka faham kelopak Bunga raya membawa maksud lima prinsip rukun negara yang selalu disebut dalam ikrar. Bagi memudahkan mereka mengingati bunga raya mempunyai lima kelopak, guru membuat aktiviti kolaj bunga raya untuk mereka lakukan. Aktiviti dilakukan secara individu. Kanak-kanak amat seronok dan tekun membuat aktiviti mereka masing-masing.



                      2) Permainan Congkak
Permainan congkak merupakan permainan tradisional dan dimainkan oleh dua orang pemain. Guru memperkenalkan permainan congkak kepada kanak-kanak dan mengajar cara bermain congkak. Bila ada masa luang selepas mereka habis membuat aktiviti menulis atau membaca, mereka bermain congkak dengan kawan-kawan mereka. Di sini, memupuk semangat sabar dan menunggu giliran serta melihat kecekapan mereka bermain


3.2.4 Aktiviti Sambutan Hari Malaysia.

                      1) Mewarnakan bendera Malaysia dan bendera Sarawak
                      Kanak-kanak amat peka kepada bendera yang ditunjukkan kepada mereka dan suka bertanya jenis bendera yang diperkenalkan kepada mereka. Guru memperkenalkan bendera Malaysia. Kanak-kanak dapat menyatakan warna pada bendera dan boleh menyanyikan lagu berkaitan dengan warna bendera Malaysia. Di samping itu, guru juga menggunakan buku besar berkenaan bendera kebangsaan. Kanak-kanak memahami warna, bentuk, jalur dan rupabentuk bendera Malaysia. Iaitu empat warna, ada bintang dan bulan sabit, tujuh jalur warna merah dan tujuk jalur putih.
                      Kanak-kanak dapat bekerjasama mewarnakan gambar dalam kumpulan mereka masing-masing. Selepas itu, mereka diperkenalkan dengan bendera negeri Sarawak. Guru menunjukkan peta Malaysia dan kanak-kanak mencari dimana kedudukan negeri Sarawak di dalam peta berdasarkan bendera Sarawak. Kanak-kanak dapat mengenali warna bendera dan rupabentuk bendera Sarawak. Kanak-kanak juga diberikan aktiviti mewarnakan bendera Sarawak.
                     










                      2) Persembahan Kanak-kanak Prasekolah
                      Bagi mencungkil bakat terpendam kanak-kanak prasekolah, mereka dilatih untuk membina keyakinan diri bila berada dihadapan khalayak ramai. Kanak-kanak prasekolah tidak ketinggalan membuat persembahan. Bagi kanak-kanak prasekolah perdana, iaitu adik Nurfahreen bin Mat dan adik Alyaa Syafiqah bt Bolkiah, bakat bersajak mereka amat menarik hati penonton, Mereka mampu mengingati rangkap sajak mereka. Mereka telah menyampaikan sajak guru bersempena hari guru pada 16 mei yang lalu.


4.0  IMPAK
                      Hasil daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, saya dapati sekiranya dibuat dengan perancangan yang lebih teliti dan tersusun, pastinya aktiviti-aktiviti yang dibuat lebih bermakna serta lebih baik lagi kesannya kepada kanak-kanak.


5.0  CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI
                      Bagi membuat penambahbaikan aktiviti pada masa akan datang, saya akan mencuba membuat perancangan lebih awal supaya ianya dapat dijalankan dengan lancar. Saya dan rakan-rakan berharap aktiviti-aktiviti dapat\ dimulakan pada semester pertama lagi.